Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jualan Samsung Galaxy A23 5G Dijangka Tidak Mencapai Sasaran Tahun Ini

Posted on Disember 23, 2022

Pada awal tahun ini, Samsung menyatakan bahawa mereka ingin mengeluarkan sebanyak 12.6 juta unit A23 5G dan dan 17.1 juta unit A23 4G.

Namun, Samsung telah mengurangkan sasaran pengeluaran untuk siri peranti tersebut kepada bawah 4 juta unit sahaja.

Potongan unit yang agak drastik sangat mengejutkan dan mungkin puncanya berasal dari isu-isu model peranti itu sendiri.

Berdasarkan TheElec, ada beberapa ciri di dalam peranti tersebut yang menyebabkan masalah besar dengan operasi dalamannya.

{suggest}

Masalah tersebut telah menyebabkan komponen di dalamnya seperti kamera untuk tidak memberi kualiti yang cukup baik.

Ini menyebabkan Samsung terpaksa mengambil tempoh berbulan untuk menyiasat perkara tersebut dan mencari isu yang sebenar disebaliknya.

Sementara menyelesaikan masalah berkenaan, Samsung bercadang untuk mengeluarkan unit Galaxy A23 5G dalam kuantiti yang kecil sahaja buat masa ini.

Sumber: The Elec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress