Jualan akhir tahun OPPO kembali lagi di Lazada. Kini, sempena 12.12 Lazada, banyak baucar diskaun serta hadiah bernilai sehingga RM50,000 ditawarkan.

Bermula hari ini sehingga 11 Disember 2020, anda boleh miliki OPPO Reno 10x Zoom dengan 12GB RAM pada harga hanya RM1899 secara esklusif di Lazada.

Caranya mudah, anda perlu membayar deposit sebanyak 10% dan kemudian baki bayaran perlu dibuat pada 12 Disember mulai jam 2 pagi.

Dalam tempoh ini juga, Lazada adakan kempen undi dimana anda berpeluang memiliki OPPO A53 (4GB+64GB) dan OPPO Enco W51.

Untuk menyertai, anda perlu klik ‘Feed’ di Lazada kemudian undi produk dan kongsikan kepada rakan-rakan untuk meraih lebih banyak undian.

Pada masa yang sama, sebarang pembelian OPPO A93 akan menerima hadiah tambahan yang bernilai RM358 termasuk Enco W11 dan 2x mata ganjaran di aplikasi My OPPO dengan diskaun.

Bagi pengguna aplikasi My OPPO juga, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan baucar diskaun di kedai rasmi OPPO melalui Lazada yang bernilai sehingga RM200.

Baucar diskaun tersebut boleh digunakan semasa jualan 12.12 berlangsung dimana 5% ditawarkan untuk semua produk OPPO. Anda boleh tebus baucar ini melalui aplikasi My OPPO bermula 5 Disember 2020 ini.