Menurut laporan data dari The NPD Group, jualan Nintendo Switch telah meningkat dua kali ganda pada Mac 2020 di Amerika Syarikat berbanding Mac 2019. Penjualan PlayStation 4 dan Xbox One di Amerika Syarikat turut meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun.
Peningkatan jualan konsol permainan ini menunjukkan orang ramai mula beralih kepada permainan video sebagai hiburan sepanjang berada di rumah dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.
Selain itu, pelancaran siri terbaru permainan video Animal Crossing iaitu New Horizons pada Mac, merupakan kemungkinan besar yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penjualan Switch.
US NPD HW – Nintendo Switch set a new all-time record for hardware unit sales in a March month, besting the previous high set by Nintendo Switch in its March 2017 launch month.
— Mat Piscatella (@MatPiscatella) April 21, 2020
Menurut NPD, Animal Crossing: New Horizons merupakan permainan terlaris pada bulan Mac, namun tidak mendedahkan dengan lebih spesifik mengenai jumlah jualan tersebut.
Dalam pada itu, populariti Animal Crossing di Jepun turut meningkat dengan permainan yang terjual lebih dari 1.8 juta salinan fizikal dalam tiga hari pertama penjualannya, dan konsol Switch kini terjual lebih banyak berbanding Wii.
Sumber: The Verge