HUAWEI Malaysia telah mengumumkan jualan pertengahan tahun 7.7 mereka telah berlangsung bermula hari ini, 1 Julai sehingga 7 Julai 2021. Dalam promosi kali ini, HUAWEI menampilkan pelbagai hadiah dan diskaun sehingga 90%.

Antaranya adalah Huawei Mini Speaker, Mate 40 Pro, MateView GT, FreeBuds Studio, TV Vision S 55-inci, dan banyak lagi.

Selain itu, peranti terbaru HUAWEI MatePad Pro dan HUAWEI Watch 3 juga boleh didapati dengan promosi menarik selama 24 jam pada 7 Julai nanti.

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh dapatkan HUAWEI MatePad T10 beserta WiFi AX3 Dual Core pada harga bundle RM699 (RRP:998).

Untuk senarai penuh produk HUAWEI yang ditawarkan dalam promosi ini, layari kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.

Sumber: siaran akhbar HUAWEI

Baca juga – Kedai Rasmi Fujitsu Di Lazada Tawar Hadiah Percuma Sehingga RM1,428

Baca juga – OPPO Reno5 F MK K-Clique Edisi Terhad Akan Dijual Bermula 1 Julai

 

Kalau nak beli tekan bawah ni:
Shopee:
https://invol.co/cl4r8b6
Lazada:
https://invol.co/cl4r8bc