Perayaan Krismas semakin hampir dan ianya masih tidak terlambat untuk pengguna membeli-belah sepanjang musim ini. Oleh itu, MSI telah mengadakan jualan XMAS Sales 2022 daripada 14 November sehingga 31 Disember 2022.
Sepanjang tempoh ini, pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran hebat daripada MSI. Antaranya adalah termasuk rebat sehingga RM2,000, hadiah percuma dan banyak lagi.
Antara siri komputer riba gaming daripada MSI yang ditawarkan semasa promosi ini adalah Titan GT Series, Raider GE Series, Stealth GS Series, dan sebagainya.
MSI juga telah menawarkan promosi lain iaitu Modern Madness di mana pelanggan boleh membeli siri komputer riba yang dikhususkan untuk perniagaan dan juga mencipta kandungan. Contoh komputer riba yang ditawarkan ialah MSI Creator M61.
Sepanjang tempoh tawaran ini, pelanggan akan menerima rebat sehingga RM800 dan juga percuma MSI Mouse bagi setiap pembelian siri komputer riba berkenaan.
Tempoh tawaran ini adalah terhad iaitu daripada 14 sehingga 27 November 2022. Pelanggan boleh merujuk senarai lengkap di laman sesawang rasmi MSI mengenai peranti dan syarat yang ditetapkan.
Kedai rasmi MSI:
Shopee – https://shope.ee/5zramRqOXJ
Lazada – https://invol.co/clf1nxw
Sumber: Siaran Akhbar MSI
{suggest}