Jualan Lazada 12.12 baru sahaja selesai beberapa hari yang lalu dan kali ini, Lazada menyaksikan rakyat Malaysia membeli hampir 100% lebih banyak dari kategori barangan mainan, peranti mudah alih dan juga peralatan senaman.

Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata barangan mainan dan peranti mudah alih adalah antara kategori yang menerima pertumbuhan tertinggi semasa jualan 12.12.

Selain itu, jualan ini turut menunjukkan transformasi digital perniagaan di Malaysia kuat dimana hampir 80% jenama LazMall dan perusahaan kecil sederhana (PKS) menyertai serta berjaya menjana jualan atas talian.

Tambahan lagi, penjual yang menggunakanĀ Sponsored Search semasa jualan ini mencatatkan prestasi terbaik dengan menyaksikan pulangan pelaburan (ROI) sehingga RM1000 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.

Dalam pada itu, rancangan penstriman secara langsungĀ Chief Discount Officer Show juga mencatatkan kira-kira 2 juta tontonan di seluruh negara selain 7 juta koin dikumpul pengguna menerusi LazGames.

Di samping itu, rakyat semakin yakin menggunakan platform eDagang dimana purata tambah nilai ke dalam Lazada Wallet telah meningkat lebih 40% berbanding tahun lalu.