Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

JSJK Kongsi E-Book Trend Terkini Jenayah Komersial, Ini Cara Dapatkannya

Posted on Januari 10, 2023

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar mengenai jenayah penipuan secara dalam talian yang melibatkan ribuan hingga jutaan ringgit. Terbaharu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah berkongsi e-book mengenai trend terkini jenayah komersial.

{suggest}

Melalui e-book tersebut, JSJK telah berkongsi pelbagai jenis modus operandi jenayah penipuan terkini, yang mana antaranya melibatkan keldai akaun, Macau Scam, Love Scam, jenayah E-Dagang, phishing, matawang kripto dan lain-lain.

Bagi yang ingin mendapatkan e-book trend terkini jenayah komersial, ianya boleh diperolehi melalui pautan ini.

Dengan mengambil tahu serba sedikit mengenai modus operandi atau helah-helah penipuan terkini yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggungjawab, ia mungkin dapat mengelakkan orang ramai menjadi target scammer dengan mudah.

Gambar utama: Cyber Crime Awareness

Sumber: JSJK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress