Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19.
Pihak KKM menyatakan bahawa objektif utama tinjauan tersebut dibuat adalah Untuk mengenalpasti pandangan rakyat berkaitan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Seperti semua sedia maklum, Malaysia bakal menerima 12.8 juta bekalan dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer.
Tetapi sehingga kini, vaksin COVID-19 keluaran Pfizer maih belum diluluskan oleh KKM.
Untuk pengetahuan semua juga, Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Tetapi vaksin itu tidak pula diwajibkan ke atas seluruh rakyat Malaysia.
Jadi, mari bersama-sama membantu pihak KKM dengan menyertai tinjauan ini di laman khas yang diwujudkan KKM dengan klik pada pautan ini.
Sumber: KKM