vivo Malaysia sedang menganjurkan satu pertandingan fotografi bertemakan ‘That’s Y I’m Proud’ di platfom  Facebook dan Instagram rasmi mereka.

Ia adalah sebagai meraikan kehadiran model terbaru siri telefon pintar vivo Y33s yang telah pun dilancarkan pada 11 September 2021 lalu.

Pertandingan yang telah pun bermula dari 8 September sehingga 15 September 2021 mengajak rakyat Malaysia merakam gambar-gambar menarik yang memaparkan keunikan Malaysia beserta dengan simbol tangan “That’s Y” bagi meraikan hari Malaysia yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Peserta yang menyertai pertandingan fotografi ini berpeluang memenangi hadiah utama 1x unit vivo Y33s. Pemenang tempat pertama pula berpeluang memenangi 1x unit mesin pencetak Fujifilm Mini Link dan pemenang tempat ke-2 akan menerima sebuah hadiah misteri dari vivo.

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan fotografi vivo ‘That’s Y I’m Proud’:-

  1. Ambil gambar yang memaparkan item unik di Malaysia
  2. Di dalam gambar mestilah turut mengandungi simbol tangan “That’s Y
  3. Tuliskan “That’s Y I’m Proud” menjadi rakyat Malaysia pada kapsyen gambar yang dihantar.
  4. Muat naik gambar tersebut ke laman Facebook/Instagram beserta  #vivothatsYimProud dan setkan hantaran itu sebagai Public.
Beli vivo Y33s di:

Shopee - https://invol.co/cl5zxtr
Lazada - https://invol.co/cl5zxud