Sempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN 2020) yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), pelbagai aktiviti menarik telah bermula sejak 5 Disember 2020.

Antara aktiviti-aktiviti menarik dianjurkan sepanjang sambutan HPTN 2020 ini adalah pertandingan Lego, permainan Mobile legends, PUBG, pertandingan fotografi, pertandingan pengaturcaraan dron dan banyak lagi.

Antara pertandingan-pertandingan e-sukan yang dianjurkan sempena HPTN 2020.

HPTN 2020 telah pun disempurnakan perasmiannya oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Disember 2020 secara maya.

Tema HPTN 2020 ‘Masa Depan Adalah Kita’ adalah platfom untuk para profesion teknikal berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman serta memberi pendedahan bidang teknikal kepada masyarakat.

Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2020 ini bermula dari 5 Disember hingga 30 Disember 2020.

Untuk info lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti sepanjang HTPN 2020, layari laman rasmi HPTN.my