Bersempena dengan Program Jaringan PRIHATIN yang telah dilanjutkan selama sebulan lagi iaitu sehingga 31 Ogos 2021, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A12 dan Xiaomi Redmi 9A kepada para pelanggannya.

Kedua-dua telefon pintar itu boleh diperolehi dengan memilih rebat RM180 atau subsidi peranti RM300 melalui Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle untuk pelanggan prabayar dan Digi Prihatin 40 Postpaid Bundle untuk pelan pascabayar.

Melalui Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle, pelanggan prabayar Digi yang layak dapat menikmati subsidi RM300 membolehkan mereka mendapatkan telefon pintar Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA tanpa komitmen kontrak.

Dengan bayaran RM100, bundle in didatangi dengan akses internet berkelajuan tinggi 30GB selama tiga bulan dan panggilan tanpa had setiap bulan. Pelanggan juga akan menikmati data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun.

Bagi Digi Prihatin 40 Postpaid Bundle pula, pelanggan Digi yang layak dapat menikmati subsidi RM300 dan boleh mendapatkan peranti Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA sekiranya mereka melanggan Prihatin 40 Postpaid Bundle dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A12 pula, mereka perlu membayar sejumlah RM305 (RM205 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).

Bayaran pendahuluan sebanyak RM100 yang dibuat itu akan dikembalikan kepada pelanggan melalui rebat RM10 pada bil bulanan selama 10 bulan di mana mereka hanya perlu membayar RM30 sebulan sahaja.

Melalui langganan pelan pascabayar itu juga mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan serta 2G data harian percuma selama setahun.

Cuma di bawah pakej tawaran ini, pelanggan akan terikat dengan kontrak selama setahun.

Untuk info lanjut mengenai inisiatif tambahan Jaringan PRIHATIN yang ditawarkan oleh Digi ini, sila layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.

Sumber: Digi

Baca juga: Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529