Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jom Naik Keretapi Dari Gemas Ke Kuala Lipis Secara Percuma Untuk Masa Terhad

Posted on Februari 16, 2022

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan perkhidmatan keretapi secara percuma untuk laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang.

Promosi itu akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 21 Februari hingga 24 Februari ini.Β Ia bersempena dengan pelancaran operasi laluan baharu fasa kedua Diesel Multiple Unit (DMU).

Promosi percuma itu ditawarkan untuk perjalanan sehala atau 2 hala. Tawaran itu pula terhad kepada pelanggan terawal sahaja.

Jadi kepada yang anda ada merancang perjalanan dari Gemas Ke Kuala Lipis atau sebaliknya, bolehlah merebutpeluang untuk merasai pengalaman menaiki tren DMU secara percuma ini dengan menggunakan kod promo 𝗝𝗒𝗬π—₯π—œπ——π—˜π——π— π—¨.

Tiket percuma ini hanya ditawarkan di Kaunter Tiket sahaja.

Pembukaan jualan tiket perkhidmatan tren DMU laluan Gemas – Kuala Lipis itu pula sudah pun dibuka sejak 15 Feb 2022 untuk perjalanan bermula 24 Feb 2022.

Sumber: KTMB

Baca juga:

  • KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara
  • KTM Lancar Aplikasi MyRailTime, Mudahkan Pengguna Semak Jadual Perjalanan Tren
  • KTM Business Class Akan Mula Beroperasi Pada 11 Oktober 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress