Aplikasi sembang sosial paling popular, WhatsApp ada menawarkan 6 pelekat (stickers) terbaru kepada para penggunanya.
6 Set telekat terbaru itu berjudul Egg And Chup, Realistic Rabbit, Betakkuma 2, Square Cheese’s Daily Life, Woman Cactus dan A Burdensome Pigeon Named Eagle.
Kesemua 6 set pelekat ini sudah ditawarkan kepada pengguna WhatsApp di peranti Android dan iOS.
Kepada yang belum tahu cara memuat turun pelekat-pelekat WhatsApp, berikut adalah cara-caranya:-
1. Buka ruang sembang aplikasi WhatsApp
2. Tap pada ikon senyum seperti rajah di bawah.
3. Seterusnya, pilih ikon pelekat dan tap pada ikon + seperti rajah di bawah.
4. Kemudian anda bolehlah memuat turun pelekat yang anda suka untuk digunakan dalam ruang sembang WhatsApp anda.
Selamat mencuba.