Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini memaklumkan akan berlakunya kemuncak fenomena alam yang dikenali sebagai Fenomena Hujan Meteor Perseid.
Fenomena Hujan Meteor Perseid akan berlaku pada setiap tahun iaitu dari 17 Julai sehingga 24 Ogos.
Tetapi kemuncak fenomena tersebut akan berlaku pada lewat malam dari jam 12.00 pagi 12 Ogos sehingga 6.00 pagi 13 Ogos 2021.
Kemunculan hujan meteor itu boleh dilihat dgn mata kasar dengan menggunakan kaedah yang betul. Pancuran meteor perseid ini mudah dilihat sekiranya cuaca baik kerana ianya terang dan bersinar.
Berikut adalah cara untuk melihat Fenomena Hujan Meteor Perseid:-
- berada di kawasan yang kurang cahaya. Lagi gelap lagi bagus.
- sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
- pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah.
- jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
- tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.
- menggunakan kamera SLR atau kamera telefon pintar yang dilengkapi dengan tetapan manual
- tetapan ISO adalah dari 1600 hingga 2500
- Aperture f1.2 hingga f4.5
- Shutter 15 saat hingga 30 saat
Jadi sekiranya anda peminat fotografi, bolehlah merakam gambar menarik Fenomena Hujan Meteor Perseid awal pagi nanti.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)