Pada Mac lalu, kerajaan telah mengmumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara .

Melalui PEMERKASA, kerajaan akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Salah satu daripadanya adalah Inisiatif Pengumpulan Sumber Awam (Crowdsourcing) Peranti Komunikasi di bawah Program MyBAIKHATI yang bertujuan membuat penyumberan semula peranti yang boleh digunakan dan membaikinya untuk diagihkan kepada masyarakat, khususnya kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah (B40).

 

Peranti-peranti terpakai anda itu boleh disalurkan melalui premis-premis  syarikat telekomunikasi yang menyokong program ini termasuklah U Mobile, Celcom, Maxis, Digi, Time serta Telekom Malaysia (TM).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan,
peranti-peranti yang telah dibaik pulih akan diedarkan di Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih di seluruh negara.

Walaubagaimanapun jika anda mahu menderma peranti anda itu, pastikan sekurang-kurangnya peranti tersebut menyokong rangkaian 4G/LTE.

Peranti yang hanya menyokong rangkaian 3G dan ke bawah tidak akan diterima.

Program Pengumpulan Sumber Awam Peranti Komunikasi ini akan berakhir pada 18 Mac 2022 nanti.

Sumber: SKMM