Shopee kini menawarkan Shopee eDuit khusus kepada pengguna baharu platfom e-dagang itu.

Shopee eDuit itu ditawarkan dalam bentuk kredit dan dan baucar yang membolehkan anda memperoleh nilai Shopee eDuit sehingga RM100.00.

Anda hanya perlu penuhi 3 syarat ini sahaja bagi melayakkan anda mendapatkan Shopee eDuit ini iaitu;

  1. Anda merupakan warganegara Malaysia
  2. Anda belum pernah membuat sebarang pembelian di platfom Shopee
  3. Anda telah mengaktifkan ciri pembayaran ShopeePay dan mengesahkan Kad Pengenalan anda.

Jadi, anda bolehlah memuat turun dan memasang aplikasi Shopee ke dalam telefon pintar Android atau iOS anda bagi mendaftar akaun Shopee pertama anda.

Anda juga perlu lengkapkan borang Shopee eDuit dengan klik pada pautan ini bagi mendapatkan kredit dan baucar bernilai RM100.00 itu.

Borang Shopee eDuit hanya tersedia di dalam aplikasi Shopee sahaja.

Selepas berjaya mengaktifkan akaun Shopee dan terima Shopee eDuit, anda perlu membelanjakan kredit ShopeePay bernilai RM25.00 yang dikreditkan ke dalam akaun ShopeePay anda itu dalam tempoh 7 hari.

Manakala baucar bernilai RM60.00 pula perlu dibelanjakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ia dikreditkan ke dalam akaun ShopeePay anda.

Jika Shopee eDuit anda tidak digunakan atau dihabiskan selepas dari tempoh tersebut, kredit Shopee eDuit akan dibuang dari akaun ShopeePay anda.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang program Shopee eDuit ini, sila layari laman https://shopee.com.my/m/shopee-eDuit.