Bermula dari hari ini sehingga 30 September 2021, 7-Eleven Malaysia akan memberikan baucar e-tunai bernilai RM5.00 dengan pembelian kod Google Play.
Promosi ini dijalankan oleh semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia.
Untuk mendapat baucar e-tunai RM5.00 7-Eleven, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah berikut:-
- Muat turun aplikasi My7E™ dari Google Play Store atau App Store dan daftarkan diri anda sebagai ahli.
- Tunjukkan kod bar ahli My7E™ kepada juruwang 7-Eleven.
- Kemudian buat pembelian kod Google Play bernilai RM20.00 bagi melayakkan anda terima satu e-setem.
Apabila anda lengkap menerima sebanyak 3 e-setem, maka barulah anda layak terima baucar e-tunai 7-Eleven bernilai RM5.00.
Untuk info lanjut tentang promosi ini, sila layari laman rasmi 7-Eleven Malaysia.