Jika anda tiada apa-apa perancangan menarik hendak dibuat pada hujung minggu ini bersama keluarga, apa kata anda mengajak anak-anak anda mengunjungi Zoo Taping & Night Safari secara dalam talian.

Untuk pengetahuan anda, Zoo Taping & Night Safari hari ini akan menganjurkan sesi FB dan INSTAGRAM LIVE bersama para pengunjungnya secara dalam talian.

Lebih menarik, sesi langsung dalam talian yang dinamakan sebagai “Online Now, Onsite Later” itu dibuat secara percuma kepada semua pengunjung yang merindui berkunjung ke zoo tersebut.

Untuk sesi hari ini, pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat Buaya Tembaga secara LIVE dan mendengar sesi penerangan oleh Pegawai Veterinar Zoo Taiping & Night Safari.

Sesi LIVE itu akan diadakan pada hari Ahad, 4 Julai 2021 (hari ini) dan akan bermula pada jam 10.00 pagi.

Sesi Live tersebut boleh diikuti dengan klik pada pautan laman rasmi Facebook Zoo Taiping & Night Safari  atau Instagram Zoo Taiping.

Sumber: Zoo Taiping

Baca juga: Aquaria KLCC Adakan Program Lawatan Sambil Belajar Secara Maya

Rasai Pengalaman Teknologi Realiti Terimbuh Di AquariaKLCC Bermula 1 Disember 2019