Baru-baru ini telah berlangsungnya satu forum secara atas talian yang dianjurkan oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM).

Forum bertajuk ‘Kesilapan Umum Pengguna Sebelum dan Selepas Melanggan Perkhidmatan’ itu dipengerusikan oleh Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Wan Rufaidah Wan Omar.

Dalam forum itu beliau menegaskan bahawa pengguna boleh membuat tuntutan terhadap penyedia perkhidmatan telekomunikasi sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Beliau juga mengsyorkan supaya pengguna membaca dan memahami terlebih dahulu syarat dan terma kontrak yang ditawarkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebelum menandatangani atau bersetuju untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan.

Ini kerana adalah penting bagi pihak pengguna mengetahui hak mereka. Jika terdapat kes ‘berat sebelah’ di dalam kandungan syarat dan terma kontrak itu, pihak TTPM akan dapat meneliti semula kandungan kontrak perkhidmatan jika dilaporkan.

Sebelum ini telah dikongsikan cara untuk pengguna membuat aduan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan servis rangkain internet oleh penyedia perkhidmatan.

Sumber: Bernama, CFM