Nampaknya Jepun sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dari segi kemudahan teknologi awam apabila negara itu kini dalam proses menguji pengecas USB telefon di dalam bas awam.
Biarpun bateri telefon adalah hal persendirian (tanggungjawab persendirian), tetapi kerajaan negara itu nampaknya memandang berat isu tersebut.
Menurut portal berita Jepun, IT Media, pengangkutan awam bas di kawasan Tokyo telah memperkenalkan – dan kini dalam proses pengujian – stesen pengecasan USB telefon untuk penumpang.
Biarpun pihak berkuasa masih belum membuat pengumuman rasmi tentang kemudahan itu, ramai penumpang melaporkan telah terlihat port pengecasan terbabit. Servis itu diberikan secara percuma dan sekurang-kurangnya lima alat itu diletakkan di dalam bas.
都バスにUSB充電ポートがついてる!!!!!便利だなぁ〜〜 pic.twitter.com/dQaTYWoLLw
— 巨んc (@kyon_c) January 9, 2017
USB充電ポート試験中の都バスに乗った pic.twitter.com/drunCJ4TXf
— ドジでのろまな亀 (@E233natsuki) December 31, 2016
Menurut beberapa laporan, servis itu hanya termaktub kepada sebuah bas sahaja setakat ini. Dan, tidak pasti juga bila teknologi tersebut akan mula dipasang di bas-bas lain.
Selain Jepun, beberapa negara lain juga turut menawarkan perkhidmatan sama di pengangkutan awam. Antaranya adalah London dan Singapura.