Tahun ini kita dapat lihat banyak syarikat atau negara yang sudah mula untuk menjaga alam sekitar.

Terbaru, kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menghentikan penjualan kenderaan yang dikuasakan petrol di Jepun menjelang pertengahan 2030.

Production vehicle - Wikipedia

Ia merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan perubahan iklim akibat daripada pelepasan gas karbon dioksida.

Ia juga bertujuan untuk peralihan kepada model kenderaan elektrik serta hibrid. Selain itu, Jepun merancang untuk menjadi negara bebas pelepasan karbon menjelang 2050.

Tambahan lagi, inisiatif ini hadir tatkala trend pengurangan kenderaan petrol dimana China dan Eropah telah melakukannya.

China akan menghentikan penjualan kereta petrol konvensional menjelang 2035. Sementara Britain bulan lalu menaikkan sasarannya untuk melarang penjualan kereta petrol dan diesel dalam 5 tahun dari sekarang hingga 2030.

Manakala Perancis pula ingin mencapai tahap ini menjelang tahun 2040. Bagi Amerika Syarikat, mereka juga akan menghentikannya dalam tahun 2030.

Di samping itu, kerajaan Jepun mengatakan ini adalah strategi yang baik dan akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi untuk menangani perubahan iklim.

Ia adalah termasuk untuk mempromosikan kenderaan tanpa dan rendah pelepasan gas dari kenderaan selain mengembangkan bateri automotif yang lebih kompetitif.

Sumber: Kyodonews