Menurut laporan strategy analytics, Apple memegang dan mendominasi pasaran telefon pintar 5G setakat suku pertama tahun 2021.

Namun, ia sebenarnya menurun sebanyak 23% berbanding suku keempat tahun 2020. Buat masa sekarang, OPPO, vivo serta Samsung menunjukkan peningkatan pesat dalam pasaran ini. Malah, Xiaomi turut tidak ketinggalan.

Samsung menerima peningkatan yang mendadak dalam telefon 5G sejak pelancaran siri S21. Akan tetapi, China sebenarnya antara negara yang memegang pasaran 5G terbesar di dunia.

Baca juga – 9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang

Maka, tidak hairanlah jenama telefon pintar mereka berlumba-lumba dalam melancarkan telefon 5G. Pun begitu, kita di Malaysia masih lagi tidak dapat merasai apa itu 5G walaupun telefon yang digunakan menyokong rangkaian itu.

Sumber: Strategy Analytics