Pada Jun lalu, Google telah disaman kerana didakwa secara diam-diam telah menjejak aktiviti pengguna Chrome walaupun mereka menggunakan mod Incognito.

Tuntutan yang difailkan itu mendakwa Google telah mengumpulkan data pengguna melalui Google Analytics, Google Ad Manager dan aplikasi lain serta plug-in laman web, termasuk aplikasi telefon pintar, tanpa mengira sama ada pengguna menekan iklan yang dipaparkan atau sebalikya.

Bagaimanapun, Google telah membuat permohonan untuk menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap dakwaan itu.

Terbaru, pihak Mahkamah California kini telah menolak permohonan tersebut, di mana Google serta syarikat induknya, Alphabet bakal berdepan tuntutan yang berjumlah sekurang-kurangnya USD5 bilion.

Google USD5 billion

Google telah menjelaskan mod Incognito tidak bermaksud pihaknya tidak dapat melihat aktiviti pengguna. Tambahnya, setiap kali menggunakan mod Incognito, pengguna telah diberitahu aktiviti mereka mungkin dapat dilihat oleh laman web yang mereka layari.

Akan tetapi, pihak mahkamah mengatakan Google tidak memberitahu pengguna bahawa mereka terlibat dalam pengumpulan data semasa pengguna melayari laman web dalam mod privasi.

Sumber: MacRumors