Lapan kelab bola sepak terkemuka Asia Tenggara bakal beradu dalam Champions eFootball yang akan berlangsung dari 9 September hingga 7 Oktober 2021 depan.

Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan ini akan menampilkan sebuah kelab dari setiap negara di Asia Tenggara dimana Malaysia akan diwakili oleh Johor Darul Ta’zim.

Tujuh lagi kelab adalah Persib Bandung (Indonesia), Tampines Rovers FC (Singapura), Buriram United FC (Thailand), Choburi FC (Thailand), Nagaworld FC (Kemboja), United City FC (Filipina), dan Ho Chi Minh City FC (Vietnam).

Menerusinya, terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan. Elite, kelab akan diwakili oleh atlet eSukan profesional semantara, Star pula diwakili oleh pemain bintang dari kelab itu sendiri, dimana Mohamadou Sumareh dipilih sebagai wakil JDT.

Bagi yang berminat, boleh tonton Champion eFootball bermula 9 September depan di saluran YouTube  dan Facebook Champion eFootball Official.

Terdahulu, Konami telah mengumumkan bahawa judul permainan popular mereka, PES bakal dijenamakan semula sebagai eFootball. Antara perubahan yang bakal disaksikan adalah dibangunkan berasaskan Unreal Engine 4, serta mempunyai sokongan rentas platform.

Baca juga: