OnePlus telah mengumumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan siri OnePlus 7 pada 14 Mei ini, dan salah satu daripada model siri tersebut adalah OnePlus 7 Pro.
Terbaru, pentiris terkenal Ishan Agarwal(@ishanagarwal24) telah mendedahkan harga bagi dua variasi model berkenaan di pasaran Eropah melalui akaun Twitter-nya.
Exclusive for @androidcentral:
OnePlus 7 Pro European Price-
6+128GB: € ??? (Unknown ATM)
8+256GB: € 749/759
12+256GB: € 819/829
Colours: Mirror Grey, Almond, Nebula Blue
(Please DO NOT convert to other currencies, prices will differ region by region.)https://t.co/UXkSiaOgQD pic.twitter.com/f3UOPeDuFS— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 24, 2019
Menurut harga yang didedahkan, variasi 8GB RAM akan dijual pada harga €749 manakala €819 untuk model 12GB RAM. Harga bagi model 6GB RAM pula masih belum diketahui ketika ini.
Sekiranya benar, ini bermakna OnePlus 7 Pro akan dipasarkan dengan harga €200(~RM922) lebih mahal daripada OnePlus 6T. Akan tetapi, pertukaran matawang juga akan mempengaruhi harga peranti ini di pasaran lain.
Untuk rekod, OnePlus 6T didagangkan pada harga RM2588(6GB/128GB), RM2888(8GB/128GB) dan RM3188(8GB/256GB) ketika dilancarkan di Malaysia, November lalu.
Sumber: @ishanagarwal24 via Android Central