Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengesan kewujudan satu akaun Facebook (FB) palsu yang menggunakan nama Ketua Setiausaha KKMM, Mohammad Bin Mentek.

Akaun FB itu didapati menggunakan nama serta gambar milik Ketua Setiausaha tersebut.

Susulan itu satu laporan telah dibuat kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).

Sehubungan itu, KKMM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu tersebut.

Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan prihatin dengan membut semakan dan pengesahan daripada sumber rasmi.

Sebagai rujukan, akaun Facebook rasmi milik Ketua Setiausaha KKMM adalah https://www.facebook.com/mohammad.binmentek.

Sumber: KKMM