Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sedang menjalankan latihan operasi dan kesiagaan bagi aset-aset udara bermula 3 hingga 7 Mac 2022.
Oleh itu, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan secara rendah di kawasan-kawasan tertentu di sekitar negeri Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Kuantan.
Orang awam yang berada di kawasan-kawasan terbabit diminta untuk kekal tenang kerana tindak-tanduk pesawat pada sehingga Selasa depan hanya salah satu bentuk latihan yang dijalankan untuk menilai kecekapan anak kapal TUDM dan kesiap-siagaan peralatan.
Bukan sahaja No. 20 Skuadron, No. 10 Skuadron juga terlibat dalam kursus APAC. Semalam, sebuah EC-725 telah dikerahkan dalam eksesais ketenteraan di Bandar. Mereka telah memainkan peranan penting dalam penyusupan anggota tentera melalui udara menggunakan teknik “fast roping” pic.twitter.com/cg3K6scyVF
— Tentera Udara Diraja Malaysia (@MYS_TUDMRBLX) March 1, 2022
Dalam perkembangan lain, jika anda berminat melihat pesawat dan jentera TUDM dalam permainan Roblox, anda boleh ke akaun @MYS_TUDMRBLX di Twitter.
Gambar utama: Malaysian Jet Fighter
Baca juga: