Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan bahawa orang ramai boleh menukarkan wang kertas dan duit syiling yang rosak serta mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan di mana-mana institusi kewangan.

Contoh rupa wang rosak dan nilai tukaran wang yang rosak itu ada dikongsikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Kredit: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa, Institusi kewangan akan membuat pertukaran untuk orang ramai pada hari yang sama bagi kes mata wang kertas rosak yang jelas nilainya.

Manakala bagi kes mata wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya, duit syiling rosak dan mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan, pihak Institusi kewangan akan merujuk pihak BNM terlebih dahulu untuk membuat penilaian.

Hasil penerangan oleh salah seorang pegawai BNM Kuala Lumpur kepada penulis menerusi panggilan telefon yang dibuat hari ini, penulis difahamkan bahawa orang ramai perlu menghantar wang yang rosak itu ke cawangan bank berdekatan (bank yang anda punyai akaun) untuk membuat penukaran wang baru.

Bukan pergi ke Kaunter pertukaran di Ibu Pejabat BNM atau di cawangan Pejabat-Pejabat BNM yang lain kerana ia ditutup kepada orang ramai.

Jadi, penukaran wang hanya boleh dibuat melalui bank yang anda punyai akaun sahaja. Sebagai contoh, jika anda punyai akaun di bank CIMB, anda boleh menukar wang rosak itu dengan membawa wang tersebut ke cawangan bank CIMB yang berdekatan dengan anda bagi menukarkannya dengan wang baru.

Pegawai BNM itu turut menyatakan bahawa sekiranya pihak bank itu menolak untuk urusan tersebut, anda boleh meminta pihak bank itu menghubungi BNM bagi mendapatkan bantuan.

BNM boleh dihubungi di talian berikut:-

  • Ibu Pejabat BNM Kuala Lumpur +603-26988044 (samb. 7390, 7416 or 7414)
  • BNM Johor Bahru +607-225 7888
  • BNM Pulau Pinang +604-258 7588
  • BNM Kuala Terengganu +609-638-2001
  • BNM Kuching +6082-224-200
  • BNM Kota Kinabalu +6088-522-310

Sumber: BNM

P/s: Seeloknya terus sahaja hubungi BNM Kuala Lumpur sebab penulis cuba telefon cawangan BNM lain tapi tiada yang menjawab.