Berikutan terdapat kebimbangan pengguna Windows 10 terhadap ‘Microsoft Root Authority‘ yang akan tamat pada 31 Disember 2020 nanti, Microsoft menasihatkan supaya pengguna tidak membuangnya dari sistem Windows.

Ini kerana ‘Microsoft Root Authority‘ tidak sepatutnya dibuang dari sistem Windows walaupun selepas mencapai tarikh luputnya.

Microsoft Root Authority adalah penting bagi memastikan sistem operasi Windows berfungsi dengan betul.

“…the root certificates that are listed in the Necessary and trusted root certificates section in this article are required for the operating system to operate correctly. Because removal of the following certificates may limit functionality of the operating system or may cause the computer to fail, you should not remove them.”

Some certificates that are listed in the previous tables have expired. However, these certificates are necessary for backward compatibility“. Microsoft.

Cara mengakses certificates yang terdapat dalam Windows. Control Panel > Internet Options > Content > Certificates.

Jadi kepada para pengguna Windows, anda diminta supaya tidak ‘gatai’ tangan membuang fail tersebut dari sistem komputer Windows anda.

Sumber: Born City