Pengarah dan penulis Marvel Studios, James Gunn kini sah akan kembali mengarah bagi siri yang diterbitkan oleh Disney, Guardian of Galaxy 3.
Berita mengenainya telah dilaporkan oleh Deadline baru-baru ini. Gunn sebelum ini telah disingkirkan oleh Disney berikutan kicauan lamanya di Twitter yang berbentuk jenaka terhadap jenayah pedofilia dan Donald Trump.
Beliau telah menyuarakan keterujaannya untuk kembali dalam pasukan melalui kicauan Twitter beliau. Gunn juga mengucapkan terima kasih kepada Disney atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
— James Gunn (@JamesGunn) March 15, 2019
Selepas beliau disingkirkan Disney, James Gunn pernah terlibat dalam penulisan skrip bagi filem Suicide Squad 2 menjadikannya antara pengarah yang pernah terlibat dalam kedua-dua penerbit filem adiwira terkenal, Marvel dan DC.
Guardian of Galaxy 3 dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan, namun kini ia mungkin terpaksa ditangguhkan ke satu tempoh yang masih belum ditetapkan berikutan .
Sumber: Deadline