HTC diwar-warkan telah merancang untuk mengeluarkan jam pintar bertahun-tahun lepas, nampaknya impian mereka mungkin menjadi kenyataan. Berita tentang peranti baru dari HTC ini telah ditiriskan oleh seorang pengguna laman web Weibo yang mendakwa peranti ini diberi nama Halfbeak yang masih berada di dalam fasa ‘development’ yang juga telah diungkit oleh Phandroid baru-baru ini.
HTC telah berkejasama dengan syarikat jenama sukan terkenal Under Armour di dalam pembikinan jam pintar ini. Seperti biasa, ianya memfokuskan kepada kecergasan dan mempunyai sensor kadar degupan jantung. Halfbeak dicipta dengan tali getah dan juga fungsi ‘exercise friendly’ yang lain.
Gambar yang tertiris ini dikatakan model yang tidak diluluskan oleh HTC. HTC mungkin akan mengubah reka bentuk jam Halfbeak ini kepada reka bentuk yang lain atau mungkin nama Halfbeak itu sendiri akan digubah kepada nama yang lain. Buat setakat ini belum ada berita yang sahih dari HTC.
Untuk pengetahuan anda HTC adalah salah satu syariakt telefon yang terbesar yang masih belum mengeluarkan peranti jam pintar mereka sendiri.LG, ASUS, Samsung, Huawei, Motorola, Sony, dan Xiaomi masing-masing telah tampil dengan jam pintar mereka sendiri.
Sama-sama kita nantikan.