Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa peralatan akses satelit mudah alih yang beroperasi dalam jalur frekuensi 2483.5MHz hingga 2520.0MHz dan 2670.0MHz hingga 2690.0 MHz akan dibatalkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

Akses satelit mudah alih membenarkan pengguna mengakses rangkaian Internet terus melalui satelit sekaligus membolehkan pengguna nikmati sambungan internet berkelajuan tinggi.

Pembatalan itu adalah di bawah Penguntukan Kelas yang telah dikeluarkan di bawah Seksyen 169 Akta Komunikasi dan Multimedia  (AKM) 1998.

Contoh peranti akses satelit mudah alih.

Sehubungan itu, penggunaan peralatan tersebut tidak akan dibenarkan bermula dari tarikh ia dikuat kuasakan.

Pperalatan akses satelit mudah alih menggunakan jalur frekuensi tertentu yang dibenarkan bagi menghubungkannya terus melalui satelit.

Malah pembelian atau mengimport baru peralatan akses satelit mudah alih yang beroperasi dalam jalur frekuensi itu juga tidak digalakkan.

Sumber: SKMM