Sempena Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Peringkat Nasional 2020, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mula melaksanakan pembayaran tanpa tunai di pejabat-pejabat JPN Ibu Negeri dan UTC. Terbaru, JPN kini mengumumkan hari Rabu sebagai hari tanpa tunai.

Ini bermakna, semua transaksi pembayaran di JPN Ibu Negeri dan cawangan UTC perlu menggunakan transaksi tanpa tunai pada setiap hari Rabu. Urusan pembayaran tanpa tunai atau cek di JPN boleh dilakukan dengan menggunakan kad ATM MyDebit di kaunter atau melalui Perbankan Internet menggunakan FPX.

Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila membuat transaksi tanpa tunai atau cek di agensi-agensi terpilih dengan menggunakan ATM MyDebit, JomPAY, FPX atau DirectDebit. Ia merupakan sebahagian daripada Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Peringkat Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara