Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari cawangan Keningau bersama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah mengadakan lawatan ke Kg. Pangi Tenom, Sabah pada 19 Ogos 2021.

Lawatan itu susulan daripada laporan yang dibuat oleh Astro Awani  berkenaan aduan liputan Internet di Sekolah Kebangsaan Pangi.

Hasil lawatan itu pihak SKMM mendapati, wujud masalah pada sistem transmisi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) di menara telekomunikasi yang berdekatan.

Sehubungan itu, SKMM telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan supaya mengatasi masalah tersebut.

SKMM juga memaklumkan bahawa mereka telah mempunyai perancangan jangka panjang untuk menangani masalah capaian Internet di kawasan Kg. Pangi, dengan menaik taraf sebuah menara komunikasi kepada perkhidmatan 4G/LTE yang terletak kira-kira 0.17km dari Sekolah Kebangsaan Kg. Pangi.

Kerja-kerja naik taraf menara komunikasi berkenaan dijangka siap pada bulan April 2022.

Sumber: SKMM

Baca juga: Isu Liputan Telekomunikasi Di Kg. Ulu Entabuan, Tenom Berpunca Daripada Bentuk Muka Bumi

Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani