Iskandar Malaysia telah melancarkan satu geran khusus untuk membangunkan platform digital kepada peniaga individu dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sedang beroperasi di Johor.

Program yang dikenali sebagai ‘Iskandar Malaysia Startup Grant’ (IMSTART)’ itu membolehkan seramai 200 peniaga individu dan PKS mendapatkan bantuan sehingga RM10,000 untuk perniagaan yang dijalankan mereka.

Menerusi bantuan kewangan itu, peniaga boleh membeli stok produk, menaiktaraf operasi perniagaan dengan peralatan dan sistem berteknologi dan mewujudkan platform e-dagang.

Antara syarat bagi memohon geran IMSTART ini adalah seperti aktiviti perniagaan yang patuh Syariah, terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun – 45 tahun sahaja dan untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di negeri Johor sahaja.

Permohonan IMSTART akan di tutup pada 15 September 2021

Kepada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang program ini, anda boleh memohon geran ini dengan mengisi e-Borang Permohonan IMSTART.

Sumber: Iskandar Malaysia