Pada hujung Julai lepas, saya ada berkongsikan ura-ura kehadiran iQOO Z7 Pro tidak lama lagi. Kini pihak iQOO sendiri telah mengesahkan dan mengumumkan tarikh kehadiran peranti itu.
A #FullyLoaded fusion of 𝐬𝐩𝐞𝐞𝐝, 𝐩𝐞𝐫𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐭𝐲𝐥𝐞! #iQOOZ7Pro 5G has its own story to tell. Save the date for the PRO.#iQOO #ComingSoon #AmazonSpecials pic.twitter.com/vGhpmQL7Oo
— iQOO India (@IqooInd) August 8, 2023
Hasil ciapan iQOO India di atas, iQOO Z7 Pro akan dilancarkan pada 31 Ogos ini. Berdasarkan poster yang ditunjukkan, model Pro ini menampilkan pelbagai peningkatan baru.
Spesifikasi iQOO Z7 Pro Yang Dijangkakan
Daripada artikel sebelum ini, iQOO Z7 Pro mungkin dikuasakan siri cip Snapdragon 700 – Snapdragon 782G / Snapdragon 7+ Gen 2.
Tidak lupa juga peranti ini mungkin dilengkapi skrin lengkung AMOLED berukuran 6.74″ FHD+ yang sokong kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, saya berpendapat iQOO akan menggunakan memori RAM LPPDR5 atau LPDDR4X 12GB dan variasi storan UFS 3.1 128GB dan 256GB.
{suggest}
Oleh itu, sama sama kita nantikan kehadiran iQOO Z7 Pro pada hujung bulan Ogos ini. Selain peranti itu, terdapat juga khabar angin akan spesifikasi yang mungkin akan digunakan oleh iQOO Z8 generasi akan datang.
Beli Peranti iQOO di Shopee: https://invl.io/cljix2t
Beli Peranti iQOO di Lazada: https://invol.co/cljix38