Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone Makin Laku Di China, Jenama Telefon China Lain Semua Tenggelam

Posted on Januari 27, 2022Januari 27, 2022

Menurut perkongsian analisis oleh Counterpoint Research, Apple telah menjadi jenama paling banyak digunakan di negara China iaitu sebanyak 23% untuk tempoh Oktober – Disember 2021.

Menariknya ini adalah merupakan kali pertama Apple menjadi jenama nombor satu di situ sejak tahun 2015 dengan pelancaran iPhone 6.

Jenama seterusnya yang memegang pegangan terbanyak adalah vivo (19%), OPPO(termasuk OnePlus)/(17%), HONOR (15%), dan Xiaomi (13%).

Perkara menarik boleh diperhatikan adalah pegangan pasaran HONOR di China yang meningkat sangat drastik dari 9% kepada 15% untuk tempoh tersebut.

Sementara itu, Huawei pula jatuh menjunam. Daripada pegangan terbesar sebanyak 23% tahun lepas terus jatuh ke 7%. Begitu ramai yang lari dan sudah tidak menggunakan telefon Huawei di China.

realme juga menunjukkan peningkatan dari 1% kepada 3% namun jumlah ini tidaklah sesignifikan seperti jenama-jenama lain. Boleh dikatakan realme tidak sepopular vivo atau OPPO di China.

Jumlah penggunaan iPhone di China semakin meningkat di sana berikutan permintaan iPhone 13 yang mungkin kena dengan selera pengguna di sana berbanding iPhone 12 sebelum ini.

Sumber: Counterpoint Research

Baca juga:

  • Siri Xiaomi Redmi Note 11 Dilancarkan – 4 Variasi Model, Cip Lebih Berkuasa, Kamera Lebih Power
  • Khabarnya OnePlus 10 Ultra Tak Guna Snapdragon 8 Gen 1, Mungkin Guna Cip Lain Yang Lebih Berkuasa
  • MIUI 13 Versi Global, Ini Peranti Yang Akan Dapat Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress