Bila bercakap tentang iPhone, pasti yang bermain dalam fikiran adalah telefon tersebut terlalu mahal dan tidak patut dijual harga sebegitu.
Namun, situasi ini mungkin akan berubah nanti. Hal ini kerana Ming-Chi Kuo berpendapat iPhone pada tahun 2022 akan dijual dengan harga lebih murah, iaitu bawah US$900 (~RM3700).
Sebenarnya, ini berkait rapat dengan spekulasi sebelum ini yang menyatakan bahawa bermula tahun hadapan, Apple akan mengeluarkan dua saiz telefon – 6.1 inci dan 6.7 inci.
Beliau mengatakan iPhone dengan paparan 6.7 inci akan dijual harga lebih murah dan buat pengetahuan, saiz tersebut hanya terdapat pada iPhone 12 Pro Max sahaja yang harganya bermula RM5299.
Dengan ini, Apple sepatutnya memang perlu berbuat demikian kerana tidak semua mahukan dan memerlukan ciri-ciri “Pro”.
Sumber: macrumors
Baca juga – iPhone Baharu Mungkin Ada Teknologi Pengecasan Macam Telefon Android
Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021
Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD