Menurut Max Weibach, iPhone baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam dua bulan dari sekarang mungkin dilengkapi gegelung (coil) pengecas wayarles lebih besar.

Tambahnya lagi, peningkatan saiz gegelung itu dijangka membenarkan pengecasan berbalik wayarles (reverse wireless charging) bagi peranti yang terpilih seperti AirPods dengan meletakkannya di belakang iPhone.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemfailan FCC awal tahun ini, ia mendedahkan yang mana barisan iPhone 12 sebenarnya mempunyai keupayaan tersebut tetapi tidak boleh diaktifkan.

Jika benar, iPhone selepas ini nampaknya sudah mempunyai kebolehan baharu seperti kebanyakan telefon andalan Android lain dimana pengecasan berbalik wayarles telah lama wujud.

Namun, adakah anda sering atau pernah menggunakan pengecasan tanpa wayar atau reverse wireless charging ini?

Sumber: EAP

Baca juga – Ini Senarai Produk Apple Yang Boleh Ganggu Peralatan Perubatan

Baca juga – Perbandingan Harga Storan Awan – Apple, Google, Microsoft, Mana Paling Berbaloi

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021