Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone Akhirnya Boleh ‘Unlock’ Walaupun Pakai Pelitup Muka

Posted on Januari 28, 2022

Semalam, Apple telah menawarkan kemas kini iOS 15.3 kepada semua pengguna di mana ia menyelesaikan masalah kecurian data di pelayar internet.

Awal pagi ini, iOS 15.4 pula mula diberikan kepada pengguna beta. Menerusinya, terdapat sejumlah fungsi baharu ditawarkan dan antara paling menarik adalah kemampuan untuk nyahkunci iPhone walaupun memakai pelitup muka.

Sebelum ini, pengguna masih boleh nyahkunci iPhone biarpun memakai pelitup muka tetapi dengan syarat mereka mempunyai Apple Watch.

Dengan menaik taraf kemas kini iOS 15.4 kelak, terdapat tetapan baharu pada Face ID & Passcode, iaitu “Use Face ID with a mask”. Selepas fungsi itu dibuka, pengguna boleh menambah “wajah” baharu apabila memakai kaca mata.

Namun, fungsi ini dilihat terhad kerana tidak boleh memakai kaca mata hitam. Tambahan lagi, ciri baharu tersebut turut hanya menyokong peranti iPhone 12 dan terbaru sahaja. Bagi iPhone 11 dan ke bawah, ia tidak boleh berbuat demikian.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Cara ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Mask’ Guna Apple Watch

  • Macam Mana Jenama Apple Mampu Mempengaruhi Pengguna

  • Apple Dinobatkan Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Tahun 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress