Melalui kemaskini iOS 14.2, Apple secara senyap telah memberikan sokongan panggilan video FaceTime HD 1080p yang lebih baik melalui Wi-Fi.
Sokongan itu diberikan kepada iPhone 8 dan keatas. Untuk siri iPhone 12 pula, bukan sahaja ia menerima FaceTime HD 1080p, bahkan turut boleh melakukannya pada kedua-dua Wi-Fi dan juga rangkaian 5G.
FaceTime HD ini masih lagi tidak mampu dilakukan pada rangkaian data biasa untuk iPhone 8 dan keatas, bermakna anda perlu menggunakan Wi-Fi untuk panggilan video resolusi lebih tinggi.
Buat pengguna iPad, fungsi FaceTime HD ini masih tidak lagi ditawarkan untuk anda.
Sumber: 9to5Mac