Syarikat yang berpangkalan di California iaitu Apple telah diketahui umum bakal melancarkan iPhone 8 tidak lama lagi.
Kali ini, Apple telah membuat sedikit kelainan pada kapasiti penyimpanan model terbarunya. iPhone 8 akan hadir dengan kapasiti yang lebih besar iaitu 64GB, 256GB dan 512GB.
Apple telah menggandakan pilihan storan berbanding dengan barisan iPhone 7 yang hanya mempunyai pilihan 32GB, 128GB, dan 256GB.
Ketiga-tiga kapasiti penyimpanan tersebut diiringi dengan 3GB RAM dan cip Apple A11 yang baru.