iPhone 7 Plus merupakan telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun 2016. Walaupun sudah berusia, ia kelihatannya merupakan model iPhone paling banyak digunakan di Malaysia pada tahun 2020.

Demikian laporan yang dikeluarkan oleh Device Atlas berhubung statistik iPhone yang manakah popular digunakan di seluruh dunia.

Dengan memiliki penggunaan sebanyak 7.31%, jurangnya agak besar jika dibandingkan dengan telefon kedua popular iaitu iPhone XS yang mempunyai pengguna sebanyak 4.38%.

Perkara ini boleh dilihat melalui iPhone 6 yang menjadi telefon pintar ketiga popular. Ia dilancarkan pada tahun 2014 dan masih lagi ramai penggunanya pada tahun 2020.

Untuk telefon pintar paling terkini yang paling popular, ia adalah iPhone 11 pada tangga kelima dengan pengguna sebanyak 2.44%, manakala telefon pintar paling mahal adalah iPhone 11 Pro Max pada tangga kelapan.

Sumber: Device Atlas