Sebelum ini telah diberitakan tentang iPhone 5s diikuti dengan iPhone 6 yang menerima potongan harga.
Kini menerusi laman Facebook Switch, iPhone 6s Plus bagi variasi 32 GB serta 128GB akan dijual RM700 lebih murah daripada harga asal.
iPhone 6s Plus 32GB: RM 2499 (harga asal :RM3199)
iPhone 6s Plus 128GB: RM 2999 (harga asal :RM3699)
Kedua-dua versi ini tampil dengan 4 pilihan warna iaitu:
- Gold
- Rose Gold
- Silver
- Space Grey
Antara spesifikasi ringkas iPhone 6s Plus adalah:
- Skrin paparan Retina HD 5.5 inci dengan 3D Touch
- Gabungan rekaan aluminium dan kaca yang utuh
- Kamera utama 12MP, kamera selfie 5MP
- Pengimbas cap jari bahagian hadapan
- Bateri 2750mAh
Menurut Switch, stok boleh didapati di rangkaian kedai Switch yang terletak di
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Penang
- Kedah
- Johor
- Perak
- Melaka
- Kelantan
Switch telah menawarkan promosi ini sejak bulan Mei yang lalu, dan akan terus berlangsung selagi stok masih ada.
Klik sini untuk maklumat lebih lanjut.
Sumber: Switch