Anda pastinya sudah maklum tentang penggunaan bicu USB-C pada iPhone 15 kelak yang menggantikan Lightning.
Terkini, sebuah sumber telah mendedahkan gambar dan maklumat berkaitan kabel USB-C yang dipercayai untuk iPhone 15 kelak.
Katanya, panjang kabel ini ialah sepanjang 1.6 meter, menggunakan standard USB 2.0, lebih tebal dan tahan lasak (mungkin dibanding dengan kabel USB-C Apple sekarang) serta menyokong kelajuan 60W (20v 3A).
Untuk kelajuan pemindahan data pula, setinggi 30Mbps.
Jika anda ketinggalan, ia juga didakwa datang dalam jenis braided danĀ hadir dengan warna yang sama dengan iPhone 15. Misalnya, anda akan dapat kabel Type-C berwarna biru jika iPhone 15 anda berwarna biru.
New iPhone 15 USB C Cable Info Confirmed
1.6M long
16Pins
Thicker and more resistant
USB 2.0 20V3A
No MFI pic.twitter.com/WV4unodWPg— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 23, 2023
Untuk makluman anda, beberapa produk baharu Apple yang sudah dibekalkan dengan kabel jenis braided di dalam kotak seperti iPad M2, Macbook Air M2.
They will also be much more resistant than the current ones pic.twitter.com/PtKwjGsTK5
— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 22, 2023
Selain itu, iPhone 15 Pro juga dikatakan akan sokong kelajuan sekitar 40W-50W, menurut imej dikongsi sumber.
{suggest}
Secara peribadi, saya tidak pasti apakah kabel ini akan dibekalkan dalam kotak iPhone 15 kerana 1.6 meter agak panjang untuk sebuah telefon. Bahkan, iPad M2 pun hanya mendapat kabel sepanjang 1 meter.
USB C CABLE ASMR š¤ pic.twitter.com/Hh6RfWRpk6
— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 22, 2023
Netizen juga tertanya-tanya bagaimana kabel ini akan muat dalam kotak iPhone 15 kelak jika kotak itu kekal dengan dimensi sekarang.
Apa lagi perbaharuan yang mungkin hadir pada siri iPhone 15 bulan depan? Baca artikel INI.
Sumber: Majin Bu