Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 14 Dan iPhone Plus Kini Ada Warna Kuning, Mula Dijual Minggu Depan

Posted on Mac 7, 2023Mac 7, 2023

Beberapa hari lepas, khabar angin ada mengatakan Apple bakal menawarkan warna baharu buat siri iPhone 14. Kini segalanya terjawab dimana iPhone 14 dan iPhone Plus kini hadir dengan warna kuning.

Tiada apa-apa perubahan dari segi spesifikasi. Sebaliknya, harna kemasan luaran sahaja ditampilkan ‘baju’ baharu. Menerusinya, siri iPhone 14 bukan Pro ditawarkan 6 warna secara keseluruhan – midnight, starlight, (product) RED, biru, ungu dan terbaru kuning.

Bagi anda penggemar warna kuning, tempahan awal iPhone 14 dan iPhone 14 Plus boleh dilakukan seawal 9 malam pada 10 Mac yang mana harga bermula RM4,199. Sementara peranti tersebut bakal tersedia di pasaran bermula 14 Mac kelak.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress