Apple dijangka untuk melancarkan barisan iPhone baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 sekitar bulan September ini. Selain ura-ura mengatakan susunan kamera berbeza, takuk yang kecil, ia juga akan menampilkan beberapa ciri lain.

Menurut laporan terbaru dari Mark Gurman, khabar angin tentang bateri yang lebih besar pada iPhone 13 sebenarnya dikaitkan untuk menguasakan kadar penyegaran 120Hz dan fungsi Always-on-Display (AOD).

Buat pengetahuan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu dari Apple. Ini kerana Apple Watch sudah pun tampil panel LTPO yang secara tidak langsung ciri AOD dapat dilihat.

Untuk kadar penyegaran, sama juga kerana Apple menawarkan teknologi tersebut pada iPad Pro yang dinamakan sebagai ProMotion. Oleh yang demikian, ramai peminat Apple menantikan teknologi itu di iPhone.

Adakah Apple masih mahu berdiam diri kerana peranti Android seperti Redmi Note 10 Pro pun mempunyai kadar penyegaran 120Hz. Oleh itu, sama-sama kita nantikan kehadirannya.

Sumber: macrumors

Foto utama: EAP

Baca juga artikel berkaitan: