Berita berkaitan telefon terbaharu Apple iPhone 13 akan terus berlegar-legar di internet memandangkan kita sudah hampir ke bulan September. Terbaru, laporan daripada DigiTimes mengatakan barisan iPhone 13 mungkin akan dijual dengan harga mahal sedikit berbanding biasa.

Ia adalah berikutan pembekal TSMC yang menaikkan harga kos pengeluaran cip pemproses atas faktor permintaan yang tinggi. Oleh itu, Apple sebagai salah satu pembeli terbesar juga akan terjejas.

Walau bagaimanapun, ini masih lagi spekulasi dan jika benar Apple menaikkan harga, mungkin peningkatan sebanyak RM100-RM200 berbanding model iPhone 12 tahun lalu.

Apa-apa pun, iPhone 13 dijangka menampilkan rekaan bertakuk kecil, susunan dan fungsi kamera baharu, bateri lebih besar dan dikatakan bakal dilancarkan sekitar 14 September 2021.

Sumber: digitimes

Baca juga: