Boleh dikatakan hampir kesemua telefon pintar sekarang sudah tampil dengan mod potret tetapi ia terhad untuk mengambil gambar sahaja. Tidak banyak rakaman video pada telefon mempunyai mod tersebut.

Terbaru, Mark Gurman mendakwa bahawa Apple mungkin menawarkan mod potret pada rakaman video untuk iPhone 13 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagi merealisasikannya, LiDAR pada iPhone pasti akan dinaik taraf agar membenarkan kamera menjejak subjek dengan lebih tepat. Selain itu, beliau turut mengatakan iPhone baharu ini dijangka mempunyai fungsi ProRes.

Secara tidak langsung, rakaman video menggunakan iPhone akan hadir dengan kualiti beresolusi tinggi yang mirip fungsi ProRaw untuk gambar. Namun, seperti biasa, kebiasaannya ciri premium ini hanya eksklusif untuk iPhone versi Pro.

Dalam pada itu, antara perkara baharu yang dijangka turut diperkenalkan adalah takuk lebih kecil, bateri lebih besar, ProMotion 120Hz  dan fungsi always-on-display (AOD).

Sumber: bloomberg

Baca juga: