Peminat tempatan bakal menyaksikan pelancaran iPhone pada 15 September jam 1 pagi ini. Berbaki kurang dari dua hari sebelum acara Apple tersebut, muncul pula khabar angin terbaru.

Menurut Ming Chi Kuo, barisan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dijangka mempunyai tawaran storan sehingga 1TB. Katanya, storan bagi varian ini bermula dari 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

Sementara iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula hanya hadir dengan  128GB, 256GB dan 512GB. Bermakna, tiada lagi pilihan 64GB. Jika diikutkan, storan 64GB sudah tidak berapa relevan pada masa sekarang.

Laporan terbaru ini juga sedikit berbeza berbanding terdahulu yang menyatakan iPhone dengan varian Pro tidak menawarkan storan 256GB. Manakala varian standard dan mini mempunyai 64GB lagi.

Tambah Kuo, fon telinga AirPods 3 turut diramal akan dilancarkan bersama-sama barisan iPhone baharu dan Apple Watch Series 7. Apa-apa pun, nantikan pengumuman rasmi dari Apple nanti.

Sumber: 9to5mac

Baca juga: